Khamis, 12 November 2009

pembangunan dan keterbelakangan semporna

malaysia sudah 52 tahun merdeka. pembangunan yang diagihkan telah disalurkan keseluruh pelosok negara termasuk semporna. persoalannya apakah semporna telah membangun seperti yang kerajaan harapkan atau projek yang diselurkan hanya diagihkan tanpa melihat keperluan dan kepentingan? sebagai seorang yang lahir dan membesar di semporna kita seharusnya sedar bahawa semporna kini berhadapan dengan masalah keterbelakangan. sebut saja bidang apa pasti kita yang uncit di sabah. pendidikan, ekonomi dan agama.

pencapaian pendidikan, pasti kita antara yang kedua atau pertama paling belakang di negeri sabah. nak cerita soal ekonomi? tak perlu sebab semporna adalah pengeluar ikan paling tinggi di sabah. tetapi semporna jual ikannya dengan harga yang paling murah, apakah kita tiada otak nak jual dengan harga yang murah atau saja-saja sebab orang semporna nih baik hati. atau anda nak saya beritahu? tak apalah saya beritahu ya, sebabnya kita tiada kilang nak simpan ikan. bila kilang tiada ikan nih tak boleh tahan lama. nak cerita soal agama, ya Allah saya pun tak tahu apa yang nak di kata, menurut tinjauan UKM 2005 80% penduduk di pulau Bum-bum tak tahu pengucap dua kalimah syahadah. pergilah ke masjid yang ada di kampung-kampung pasti anda tak dengar azan bila masuk waktu solat. sedih bukan bila mengetahui semua ini.

nak salahkan siapa? pemimpin, rakyat atau takdir yang baut kita macam to. kita perlu berubah dan bekerja keras, jangan wariskan semua ini kepada anak cucu dan bangsa kita.

wasalam
matahati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan