Rabu, 18 November 2009

belia untuk masyarakat semporna

Belia ialah fasa di antara kanak-kanak dan dewasa. Istilah "belia" sering ditukar ganti dengan "remaja" dan "pemuda", di Malaysia belia ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 16 hingga 40 tahun. Golongan ini merupakan teras penting yang menggambarkan kewujudan negara pada masa akan datang.

belia yang ada dinasihati agar menyertai persatuan ini. persatuan belia di semporna tak lama lagi akan diwujudkan. oleh itu, saya menyeru kepada yang merasakan diri mereka belia, agar bergiat dalam persatuan ini demi untuk pembangunan masyarakat dan daerah semporna.


kini Majlis Belia Sabah sedang sibuk ingin mewujudkan persatuan belia di seluruh daerah. apa kata kita sebagai warga semporna turut menyertainya.

anda berminat call abg asnan dan kita akan atur untuk buat perjumpaan.
0128179390@0138883671

Khamis, 12 November 2009

pembangunan dan keterbelakangan semporna

malaysia sudah 52 tahun merdeka. pembangunan yang diagihkan telah disalurkan keseluruh pelosok negara termasuk semporna. persoalannya apakah semporna telah membangun seperti yang kerajaan harapkan atau projek yang diselurkan hanya diagihkan tanpa melihat keperluan dan kepentingan? sebagai seorang yang lahir dan membesar di semporna kita seharusnya sedar bahawa semporna kini berhadapan dengan masalah keterbelakangan. sebut saja bidang apa pasti kita yang uncit di sabah. pendidikan, ekonomi dan agama.

pencapaian pendidikan, pasti kita antara yang kedua atau pertama paling belakang di negeri sabah. nak cerita soal ekonomi? tak perlu sebab semporna adalah pengeluar ikan paling tinggi di sabah. tetapi semporna jual ikannya dengan harga yang paling murah, apakah kita tiada otak nak jual dengan harga yang murah atau saja-saja sebab orang semporna nih baik hati. atau anda nak saya beritahu? tak apalah saya beritahu ya, sebabnya kita tiada kilang nak simpan ikan. bila kilang tiada ikan nih tak boleh tahan lama. nak cerita soal agama, ya Allah saya pun tak tahu apa yang nak di kata, menurut tinjauan UKM 2005 80% penduduk di pulau Bum-bum tak tahu pengucap dua kalimah syahadah. pergilah ke masjid yang ada di kampung-kampung pasti anda tak dengar azan bila masuk waktu solat. sedih bukan bila mengetahui semua ini.

nak salahkan siapa? pemimpin, rakyat atau takdir yang baut kita macam to. kita perlu berubah dan bekerja keras, jangan wariskan semua ini kepada anak cucu dan bangsa kita.

wasalam
matahati

Rabu, 11 November 2009

langkah pertama

blog ini diwujudkan dengan harapan ia mampu melihat dan menilai pencapaian keterbelakangan semporna dalam arus pembangunan. pemilik blog ini meminta agar sentiasa dibantu dan didorong agar ia mampu dalam membuat penaakulan yang bernas dalam memberi huraian yang wajar.

blog yang diharap mampu menjelajah dan menyelusuri semporna akan memulakan langkah pertama dengan harapan semporna akan terus maju dalam membangunkan masyarakat semporna ke tahap yang lebih tinggi.

matahati